Sunday, April 17, 2011
SMAAD MENGHANTAR WAKIL KE IHTIFAL ILMIAH PERINGKAT NEGERI
Sekolah Menengah Agama Ad-Diniah telah menghantar 2 orang pelajar ke Ihtifal Ilmiah peringkat Negeri yang telah diadakan pada 8 April 2011 bertempat di SMA Kerajaan Johor Kluang.
Acara yang dimasuki
1)Pertandingan Berzanji Bawah 15
2)Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris Bawah 20
Tahniah kepada para peserta yang menjayakan ihtifal pada kali ini.
Read more...
Labels:
AKTIVITI
Friday, February 11, 2011
IHTIFAL ILMIAH SMAAD KALI KE DUA
Ihtifal Ilmiah peringakat sekolah ini telah diadakan pada 10 Februari 2011 pada hari Khamis bersamaan 7 Safar 1432H.Program yang bermula pada jam 7.30 pagi mempertandingkan beberapa acara iaitu:
1-Syarahan Bahasa Melayu
2-Syarahan Bahasa Inggeris
3-Syarahan Bahasa arab
4-Berzanji
5-Tilawah Al-Quran
6-Nasyid
Para pelajar memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan program tersebut.syabas diucapkan kepada para pelajar dan guru pasukan dalam usaha melatih para pelajar.Senarai pemenang akan di umumkan pada Majlis Penutup yang akan diadakan pada 18 Febuari ini.
Read more...
1-Syarahan Bahasa Melayu
2-Syarahan Bahasa Inggeris
3-Syarahan Bahasa arab
4-Berzanji
5-Tilawah Al-Quran
6-Nasyid
Para pelajar memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan program tersebut.syabas diucapkan kepada para pelajar dan guru pasukan dalam usaha melatih para pelajar.Senarai pemenang akan di umumkan pada Majlis Penutup yang akan diadakan pada 18 Febuari ini.
Labels:
AKTIVITI
IHTIFAL SUKAN KALI KE DUA SMAAD 2011
Ihtifal sukan SMAAD kali kedua telah diadakan pada 1 dan 2 Februari 2011.Praogram selama 2 hari ini bertujuan untuk mengasah bakat para pelajar serta melaksanakan tuntutan Islam untuk mencergaskan badan dengan beriadah serta mengukuhkan ikatan silaturrahim sesama pelajar.
Hasil mesyuarat guru-guru bermula tahun ini para pelajar akan dibahagikan mengikut rumah sukan yang terdiri daripada:
1-Rumah Merah (SAIDINA ABU BAKAR).Hasil mesyuarat guru-guru bermula tahun ini para pelajar akan dibahagikan mengikut rumah sukan yang terdiri daripada:
Guru Pasukan:Muhd Hairi Hamzah
2-Rumah Biru (SAIDINA UMAR)
Guru Pasukan :Sharifah Bte ahmad Mokhtar
3-Rumah Kuning (SAIDINA OTHMAN)
Guru Pasukan : Khairunnisa Mohd Ali
4-Rumah Hijau (Saidina Ali)
Guru Pasukan :Salbiah Sarmini
Pertandingan yang diadakan selaras dengan pertandingan yang diadakan di peringkat negeri bagi memudahkan pemilihan para pelajar untuk mewakili sekolah ke peringkat negeri.Keputusan pertandingan akan dimaklumkan nanti.
Read more...
Labels:
AKTIVITI
MINGGU UKHUWAH DAN SILATURRAHIM
Minggu Ukhuwah Dan Silaturrahim diadakan sebagaimana butiran berikut:
Tarikh :5-6 Januari 2011
Hari :Rabu-Khamis
Bersamaan:30 Muharam - 1 Safar 1432
Para Pelajar Diwajibkan hadir
Read more...
Tarikh :5-6 Januari 2011
Hari :Rabu-Khamis
Bersamaan:30 Muharam - 1 Safar 1432
Para Pelajar Diwajibkan hadir
Labels:
AKTIVITI
PENDAFTARAN PELAJAR BARU SMAAD SESI 2011
Alhamdulillah, pendaftaran pelajar baru ke sekolah dan asrama telah dilakukan pada 3 Januari 2011.Kemasukan kali ini yang meningkat daripada tahun-tahun yang lepas.Seramai 27 orang telah mendaftar di tingkatan 1.Manakala bagi tingkatan 2 dan 3 juga berlaku bertambahan pelajar.Pada jam 9 pagi pula diadakan sesi dialog antara pihak sekolah dengan ibubapa.Beberapa seoalan telah diajukan dan taklimat perjalanan asrama juga dibentangkan ketika itu.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada tenaga kerja hari pendaftaran serta kepada ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini.Semoga anak tuan-tuan dan puan-puan menjadi generasi pewaris anbiya,Insyallah
Read more...
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada tenaga kerja hari pendaftaran serta kepada ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini.Semoga anak tuan-tuan dan puan-puan menjadi generasi pewaris anbiya,Insyallah
Labels:
AKTIVITI
Wednesday, October 20, 2010
PENGUMUMAN CUTI
Disebabkan keadaan jerebu diparas bahaya.SMAAD mengumumkan cuti pada
Hari :Khamis
Tarikh :21 Oktober 2010
Pihak pentadbiran juga mengingatkan para pelajar agar dapat menjaga kesihatan diri serta mengurangkan aktiviti diluar rumah.
Read more...
Hari :Khamis
Tarikh :21 Oktober 2010
Pihak pentadbiran juga mengingatkan para pelajar agar dapat menjaga kesihatan diri serta mengurangkan aktiviti diluar rumah.
Labels:
MAKLUMAN
Monday, October 11, 2010
PROMOSI SEKOLAH SMA AD-DINIAH PARIT SUBARI

Promosi sekolah ini diadakan untuk memahamkan sistem pendidikan Sekolah Menengah Agama kepada para pelajar darjah enam khususnya.Pihak pentadbiran sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang memberi keizinan kepada kami untuk memperkenalkan sistem pendidikan Sekolah Menengah Agama kepada para pelajar mereka.Semoga Allah jualah yang membalas jasa baik mereka.
Antara sekolah yang telah kami masuki:
SK Parit JamilSK Simpang Empat
SK Orangkaya Ali
SK Parit Pechah
SK Jalan Yusuf
SRI Sungai Kajang
SK Seri Pengkalan
SK Gambut
SK Semerah
SK Lubok
Labels:
AKTIVITI
Sunday, October 10, 2010
Tuesday, October 5, 2010
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR
Warga SMAAD mendoakan kecemerlangan bagi para pelajar yang menduduki peperiksaan PMR yang bermula 5 Oktober 2010.Semoga Allah memberikan ketenangan dan kemudahan bagi anda menjawab soalan peperiksaan tersebut.
Read more...
Labels:
MAKLUMAN
Wednesday, August 18, 2010
SUMBANGAN BAGI MAJLIS BERBUKA PUASA
Sek. Men. Agama Ad-diniah Parit Subari mengalu-alukan sebarang sumbangan untuk pihak kami mengadakan Majlis Berbuka Puasa yang akan diadakan pada:
Tarikh :3 September 2010 bersamaan 24 Ramadhan 1431
Hari :Jumaat
Segala sumbangan ikhlas bolehlah di masukkan ke dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama SEKOLAH MENENGAH AGAMA AD-DINIAH PARIT SUBARI (No. akaun:01-023-01-007038-5)
Segala sumbangan yang diberikan pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih
Read more...
Labels:
MAKLUMAN
AKTIVITI RAMADHAN 1431 DI SMAAD
7.15 - 7.30 :Bacaan Hizib Nawawi
Kelebihan Hizib Nawawi :
- Orang yang membaca Hizib ini terpelihara daripada kejahatan jin,manusia dan seluruh penduduk langit dan bumi.
- Terpelihara daripada tipu helah manusia yang ingin melakukan kerosakan, sihir dan perkara-perkara yang dibenci.
- Berkata Al - Ariff billah:Sesiapa yang membaca hizib ini pada waktu pagi sebanyak 10 kali maka akan ditambah pertolongan Allah kepadanya sama ada perkataan,perbuatan dan prilaku.
- Dinaqalkan daripada Sheikh Al Qutb Jamaluddin Sayyidi Yusuf Ibn Abdullah:sesiapa yang melazimkan bacaan hizib ini selepas subuh dan maghrib atau membacanya selepas subuh dan isyalakan terpelihara daripada tenungan ahli mukasyaf, sihir, tipu helah dan permusuhan
1.10-1.50 tgh :Tadarus Al Quran Read more...
Labels:
AKTIVITI
Wednesday, July 14, 2010
LAWATAN KEMENTERIAN PELAJARAN KE SMAAD
Sek. Men. Agama Ad-diniah Parit Subari telah menerima Lawatan Kerja daripada Pen. Pengarah Bahagian Pengurusan, Kementerian Pelajaran Malaysia En Mohd Nasarudin.Turut sama mengiringi lawatan tersebut pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor iaitu En Azman dan En Mohd Khairi B. Mabiai.Manakala wakil dari Jabatan Pendidikan Agama Daerah Muar Ust Mohd Arshad juga turut serta dalam lawatan ini.Menurut En Nasarudin lawatan ini bertujuan untuk melihat keadaan sekolah sebelum SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) serta memberikan pandangan kepada pihak sekolah. apa yang perlu dilakukan bagi tujuan SABK dan sebagainya.Beliau serta ahli rombongan yang tiba pada jam 12 tengahari disambut oleh Pengetua SMAAD Ust Yohanas Misuan.Dikesempatan ini juga pihak guru-guru dapat berdialong dengan En Nasarudin serta ahli rombongan berhubung dengan SABK dan perkara-perkara yang lain.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih diatas lawatan ini.Semoga dengan lawatan ini akan menambahkan ukhuwah kita sesama Islam.
ILMU DAN AMAL ASAS KEJAYAAN.
Labels:
LAWATAN
Tuesday, July 6, 2010
HARI TERBUKA SMAAD DAN TAKLIMAT HALA TUJU DAN KERJAYA PELAJAR
Program tersebut akan diadakan seperti berikut:
Hari : Jumaat
Jam : 8.00 pagi
Tarikh : 9 Julai 2010 bersamaan 26 Rejab 1431.
Read more...
Jam : 8.00 pagi
Tarikh : 9 Julai 2010 bersamaan 26 Rejab 1431.
Tentatif Program:
8.00 - 8.30 : Pengambilan Kad Penyata Pelajar
Tempat : Kelas tingkatan masing-masing.
8.30 - 10.00 : Taklimat "Hala Tuju Pendidikan Sek. Men. Agama dan Kerjaya"
Tempat : Dewan SMA Ad-Diniah Parit Subari.
10.00 - 10.15 : Penyampaian Hadiah kepada Pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan.
10.15 - : Jamuan dan bersurai
Tempat:Kantin Sekolah
8.00 - 8.30 : Pengambilan Kad Penyata Pelajar
Tempat : Kelas tingkatan masing-masing.
8.30 - 10.00 : Taklimat "Hala Tuju Pendidikan Sek. Men. Agama dan Kerjaya"
Tempat : Dewan SMA Ad-Diniah Parit Subari.
10.00 - 10.15 : Penyampaian Hadiah kepada Pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan.
10.15 - : Jamuan dan bersurai
Tempat:Kantin Sekolah
Kehadiran ibu bapa pelajar amat dihargai di dalam program ini
ILMU DAN AMAL ASAS KEJAYAAN.
ILMU DAN AMAL ASAS KEJAYAAN.
Labels:
MAKLUMAN
SELAMAT DATANG:PUAN SITI NOR AZIZAH ABD WAHAB
Warga SMAAD mengucapkan Ahlan Wa Sahlan kepada guru baru ke Sek. Men. Agama. Parit Subari yang akan mula menjalan tugas pada 1 Julai 2010.Semoga kedatangan beliau memantapkan lagi perjalanan SMAAD insyallah.
Read more...
Labels:
MAKLUMAN
MAJLIS PERPISAHAN:PUAN NOR FADILAH BT MARWAN
Majlis Perpisahan Puan Nor Fadilah Marwan telah dilaksanakan pada 30 Jun 2010 pada Jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Sek. Men. Agama Parit Subari.Majlis yang dihadiri oleh guru-guru serta para pelajar dimulakan dengan ucapan oleh pengerusi majlis.Selepas itu wakil pelajar Saudara Hafiz Mazlan memberikan ucapannya pada majlis ini.Dalam ucapan beliau mewakili para pelajar mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Fadilah diatas jasa yang diberikan serta mengambil kesempatan yang ada mengucapkan selamat pengantin baru kepada beliau.
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengetua SMA Parit Subari, Ust Yohanas Misuan.Dalam uapan beliau juga turut mengucapkan jutaan terima kasih diatas jasa yang disumbangkan oleh beliau serta tidak melupakan sekolah ini walau dimanapun beliau berapa.Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada beliau dan sedikit jamuan disediakan untuk guru-guru serta para pelajar.
Read more...
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengetua SMA Parit Subari, Ust Yohanas Misuan.Dalam uapan beliau juga turut mengucapkan jutaan terima kasih diatas jasa yang disumbangkan oleh beliau serta tidak melupakan sekolah ini walau dimanapun beliau berapa.Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada beliau dan sedikit jamuan disediakan untuk guru-guru serta para pelajar.
Warga SMAAD mengucapkan semoga beliau berjaya menempuhi kehidupan seterusnya.
Labels:
AKTIVITI
Monday, January 25, 2010
KALAM PENGETUA:PELAJAR HARI INI HARUS BERANI!.
Segala Puji bagi Allah yang mentadbir sekelian alam.Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan S.A.W serta para pengikutnya sehingga hari kiamat.Keterlibatan para pelajar ketika sesi pembelajaran amatlah digalakkan demi memastikan pemahaman yang diperolehi mampu diterapkan didalam kehidupan serta dapat disampaikan kepada masyarakat umum khasnya.Sikap berani bertanya dan menyoal guru ketika sesi pembelajaran merupakan tempat yang betul dan akan menghasilkan suasana pembelajaran yang sihat.Pelajar hari ini harus mencontohi dan mengambil teladan dari kisah umat terdahulu seperti Ashabul Ukhdud yang berani dalam mencari kebenaran ketika dalam pembelajarannya.
Sepertimana yang kita maklum, Ashabul Ukhdud ini merupakan seorang pemuda yang diberi peluang oleh raja ketika itu untuk mendalami ilmu Sihir dalam masa yang sama beliau juga berjumpa dengan seseorang ahli abid yang mahir dengan ilmu Islam ketika itu.Sehingga lah pada suatu hari pemuda ini ingin menentukan manakah ilmu yang benar diantara ilmu sihir dengan ajaran yang dibawa oleh ahli abid tadi.Maka ketika dalam perjalanan menuju ke Istana pemuda ini telah dihalang oleh seekor binatang yang besar dan pemuda ini berniat didalam hatinya sekiranya ajaran yang dibawa oleh ahli abid itu benar maka matilah binatang ini.Dengan takdir Allah binatang itu mati setelah dilemparkan sebiji batu kepadanya.
Perkara ini sampai ke pengetahuan Raja bahawa pemuda ini sudah tidak mengakui ketuhanan raja tersebut.Akhirnya perintah mati dilaksanakan terhadap pemuda itu.Keberanianya begitu dikagumi sehingga beliau sanggup pulang semula ke Istana kerana hukuman mati yang diperintahkan tidak dapat dilaksanakan oleh para panglimanya.Sikap pemuda ini harus dicontohi oleh pelajar disamping terdapat sifat berani malah tidak berputus asa dalam menyampaikan dakwah kepada Raja terbabit supaya patuh kepada Allah dan mengamalkan Syariatnya.Sekiranya sifat ini dapat digarapkan maka akan lahirlah generasi yang Rabbani dan Muttaqin Insyallah.
Labels:
KALAM PENGETUA
Saturday, January 23, 2010
AL- FATIHAH
SEMBAH TAKZIM KEPADA
DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH ZANARIAH BINTI
ALMARHUM TUNKU AHMAD
SULTANAH JOHOR
SERTA
KERABAT DIRAJA, KERAJAAN NEGERI JOHOR SERTA SELURUH RAKYAT NEGERI JOHOR
DI ATAS KEMANGKATAN
ALMARHUM DULI YANG MAHA MULIA BAGINDA
ALMUTAWAKKIL ALALLAH SULTAN SULTAN ISKANDAR
IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAIL
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN
TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM
PADA
22 JANUARI 2010 BERSAMAAN 6 SAFAR 1431 H
SEMOGA ROH ALMARHUM DICUCURI RAHMAT
SEMBAH TAKZIM DARI
DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH ZANARIAH BINTI
ALMARHUM TUNKU AHMAD
SULTANAH JOHOR
SERTA
KERABAT DIRAJA, KERAJAAN NEGERI JOHOR SERTA SELURUH RAKYAT NEGERI JOHOR
DI ATAS KEMANGKATAN
ALMARHUM DULI YANG MAHA MULIA BAGINDA
ALMUTAWAKKIL ALALLAH SULTAN SULTAN ISKANDAR
IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAIL
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN
TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM
PADA
22 JANUARI 2010 BERSAMAAN 6 SAFAR 1431 H
SEMOGA ROH ALMARHUM DICUCURI RAHMAT
SEMBAH TAKZIM DARI
SELURUH WARGA SEK MEN AGAMA PARIT SUBARI
Read more...
Labels:
MAKLUMAN
Subscribe to:
Posts (Atom)











