Tuesday, July 6, 2010

MAJLIS PERPISAHAN:PUAN NOR FADILAH BT MARWAN

Majlis Perpisahan Puan Nor Fadilah Marwan telah dilaksanakan pada 30 Jun 2010 pada Jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Sek. Men. Agama Parit Subari.Majlis yang dihadiri oleh guru-guru serta para pelajar dimulakan dengan ucapan oleh pengerusi majlis.Selepas itu wakil pelajar Saudara Hafiz Mazlan memberikan ucapannya pada majlis ini.Dalam ucapan beliau mewakili para pelajar mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Fadilah diatas jasa yang diberikan serta mengambil kesempatan yang ada mengucapkan selamat pengantin baru kepada beliau.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengetua SMA Parit Subari, Ust Yohanas Misuan.Dalam uapan beliau juga turut mengucapkan jutaan terima kasih diatas jasa yang disumbangkan oleh beliau serta tidak melupakan sekolah ini walau dimanapun beliau berapa.Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada beliau dan sedikit jamuan disediakan untuk guru-guru serta para pelajar.

Warga SMAAD mengucapkan semoga beliau berjaya menempuhi kehidupan seterusnya.

0 comments:

Post a Comment