Wednesday, July 14, 2010

LAWATAN KEMENTERIAN PELAJARAN KE SMAAD

Sek. Men. Agama Ad-diniah Parit Subari telah menerima Lawatan Kerja daripada Pen. Pengarah Bahagian Pengurusan, Kementerian Pelajaran Malaysia En Mohd Nasarudin.Turut sama mengiringi lawatan tersebut pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor iaitu En Azman dan En Mohd Khairi B. Mabiai.Manakala wakil dari Jabatan Pendidikan Agama Daerah Muar Ust Mohd Arshad juga turut serta dalam lawatan ini.

Menurut En Nasarudin lawatan ini bertujuan untuk melihat keadaan sekolah sebelum SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) serta memberikan pandangan kepada pihak sekolah. apa yang perlu dilakukan bagi tujuan SABK dan sebagainya.Beliau serta ahli rombongan yang tiba pada jam 12 tengahari disambut oleh Pengetua SMAAD Ust Yohanas Misuan.Dikesempatan ini juga pihak guru-guru dapat berdialong dengan En Nasarudin serta ahli rombongan berhubung dengan SABK dan perkara-perkara yang lain.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih diatas lawatan ini.Semoga dengan lawatan ini akan menambahkan ukhuwah kita sesama Islam.

ILMU DAN AMAL ASAS KEJAYAAN.

Read more...

Tuesday, July 6, 2010

HARI TERBUKA SMAAD DAN TAKLIMAT HALA TUJU DAN KERJAYA PELAJAR

Program tersebut akan diadakan seperti berikut:

Hari : Jumaat
Jam : 8.00 pagi
Tarikh : 9 Julai 2010 bersamaan 26 Rejab 1431.


Tentatif Program:

8.00 - 8.30 : Pengambilan Kad Penyata Pelajar
Tempat : Kelas tingkatan masing-masing.

8.30 - 10.00 : Taklimat "Hala Tuju Pendidikan Sek. Men. Agama dan Kerjaya"
Tempat : Dewan SMA Ad-Diniah Parit Subari.

10.00 - 10.15 : Penyampaian Hadiah kepada Pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan.

10.15 - : Jamuan dan bersurai
Tempat:Kantin Sekolah

Kehadiran ibu bapa pelajar amat dihargai di dalam program ini

ILMU DAN AMAL ASAS KEJAYAAN.

Read more...

SELAMAT DATANG:PUAN SITI NOR AZIZAH ABD WAHAB

Warga SMAAD mengucapkan Ahlan Wa Sahlan kepada guru baru ke Sek. Men. Agama. Parit Subari yang akan mula menjalan tugas pada 1 Julai 2010.Semoga kedatangan beliau memantapkan lagi perjalanan SMAAD insyallah.

Read more...

MAJLIS PERPISAHAN:PUAN NOR FADILAH BT MARWAN

Majlis Perpisahan Puan Nor Fadilah Marwan telah dilaksanakan pada 30 Jun 2010 pada Jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Sek. Men. Agama Parit Subari.Majlis yang dihadiri oleh guru-guru serta para pelajar dimulakan dengan ucapan oleh pengerusi majlis.Selepas itu wakil pelajar Saudara Hafiz Mazlan memberikan ucapannya pada majlis ini.Dalam ucapan beliau mewakili para pelajar mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Fadilah diatas jasa yang diberikan serta mengambil kesempatan yang ada mengucapkan selamat pengantin baru kepada beliau.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengetua SMA Parit Subari, Ust Yohanas Misuan.Dalam uapan beliau juga turut mengucapkan jutaan terima kasih diatas jasa yang disumbangkan oleh beliau serta tidak melupakan sekolah ini walau dimanapun beliau berapa.Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada beliau dan sedikit jamuan disediakan untuk guru-guru serta para pelajar.

Warga SMAAD mengucapkan semoga beliau berjaya menempuhi kehidupan seterusnya.

Read more...

SEKITAR PERJALANAN IHTIFAL SUKAN DAN ILMIAH PERINGKAT SEKOLAH

Read more...