Wednesday, July 14, 2010

LAWATAN KEMENTERIAN PELAJARAN KE SMAAD

Sek. Men. Agama Ad-diniah Parit Subari telah menerima Lawatan Kerja daripada Pen. Pengarah Bahagian Pengurusan, Kementerian Pelajaran Malaysia En Mohd Nasarudin.Turut sama mengiringi lawatan tersebut pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor iaitu En Azman dan En Mohd Khairi B. Mabiai.Manakala wakil dari Jabatan Pendidikan Agama Daerah Muar Ust Mohd Arshad juga turut serta dalam lawatan ini.

Menurut En Nasarudin lawatan ini bertujuan untuk melihat keadaan sekolah sebelum SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) serta memberikan pandangan kepada pihak sekolah. apa yang perlu dilakukan bagi tujuan SABK dan sebagainya.Beliau serta ahli rombongan yang tiba pada jam 12 tengahari disambut oleh Pengetua SMAAD Ust Yohanas Misuan.Dikesempatan ini juga pihak guru-guru dapat berdialong dengan En Nasarudin serta ahli rombongan berhubung dengan SABK dan perkara-perkara yang lain.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih diatas lawatan ini.Semoga dengan lawatan ini akan menambahkan ukhuwah kita sesama Islam.

ILMU DAN AMAL ASAS KEJAYAAN.

0 comments:

Post a Comment