Friday, February 11, 2011

IHTIFAL ILMIAH SMAAD KALI KE DUA

Ihtifal Ilmiah peringakat sekolah ini telah diadakan pada 10 Februari 2011 pada hari Khamis bersamaan 7 Safar 1432H.Program yang bermula pada jam 7.30 pagi mempertandingkan beberapa acara iaitu:

1-Syarahan Bahasa Melayu
2-Syarahan Bahasa Inggeris
3-Syarahan Bahasa arab
4-Berzanji
5-Tilawah Al-Quran
6-Nasyid

Para pelajar memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan program tersebut.syabas diucapkan kepada para pelajar dan guru pasukan dalam usaha melatih para pelajar.Senarai pemenang akan di umumkan pada Majlis Penutup yang akan diadakan pada 18 Febuari ini.

Read more...

IHTIFAL SUKAN KALI KE DUA SMAAD 2011

Ihtifal sukan SMAAD kali kedua telah diadakan pada 1 dan 2 Februari 2011.Praogram selama 2 hari ini bertujuan untuk mengasah bakat para pelajar serta melaksanakan tuntutan Islam untuk mencergaskan badan dengan beriadah serta mengukuhkan ikatan silaturrahim sesama pelajar.

Hasil mesyuarat guru-guru bermula tahun ini para pelajar akan dibahagikan mengikut rumah sukan yang terdiri daripada:
1-Rumah Merah (SAIDINA ABU BAKAR).
Guru Pasukan:Muhd Hairi Hamzah
2-Rumah Biru (SAIDINA UMAR)
Guru Pasukan :Sharifah Bte ahmad Mokhtar
3-Rumah Kuning (SAIDINA OTHMAN)
Guru Pasukan : Khairunnisa Mohd Ali
4-Rumah Hijau (Saidina Ali)
Guru Pasukan :Salbiah Sarmini

Pertandingan yang diadakan selaras dengan pertandingan yang diadakan di peringkat negeri bagi memudahkan pemilihan para pelajar untuk mewakili sekolah ke peringkat negeri.Keputusan pertandingan akan dimaklumkan nanti.

Read more...

MINGGU UKHUWAH DAN SILATURRAHIM

Minggu Ukhuwah Dan Silaturrahim diadakan sebagaimana butiran berikut:

Tarikh :5-6 Januari 2011
Hari :Rabu-Khamis
Bersamaan:30 Muharam - 1 Safar 1432

Para Pelajar Diwajibkan hadir

Read more...

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SMAAD SESI 2011

Alhamdulillah, pendaftaran pelajar baru ke sekolah dan asrama telah dilakukan pada 3 Januari 2011.Kemasukan kali ini yang meningkat daripada tahun-tahun yang lepas.Seramai 27 orang telah mendaftar di tingkatan 1.Manakala bagi tingkatan 2 dan 3 juga berlaku bertambahan pelajar.Pada jam 9 pagi pula diadakan sesi dialog antara pihak sekolah dengan ibubapa.Beberapa seoalan telah diajukan dan taklimat perjalanan asrama juga dibentangkan ketika itu.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada tenaga kerja hari pendaftaran serta kepada ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini.Semoga anak tuan-tuan dan puan-puan menjadi generasi pewaris anbiya,Insyallah

Read more...