Monday, January 25, 2010

KALAM PENGETUA:PELAJAR HARI INI HARUS BERANI!.

Segala Puji bagi Allah yang mentadbir sekelian alam.Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan S.A.W serta para pengikutnya sehingga hari kiamat.

Keterlibatan para pelajar ketika sesi pembelajaran amatlah digalakkan demi memastikan pemahaman yang diperolehi mampu diterapkan didalam kehidupan serta dapat disampaikan kepada masyarakat umum khasnya.Sikap berani bertanya dan menyoal guru ketika sesi pembelajaran merupakan tempat yang betul dan akan menghasilkan suasana pembelajaran yang sihat.Pelajar hari ini harus mencontohi dan mengambil teladan dari kisah umat terdahulu seperti Ashabul Ukhdud yang berani dalam mencari kebenaran ketika dalam pembelajarannya.

Sepertimana yang kita maklum, Ashabul Ukhdud ini merupakan seorang pemuda yang diberi peluang oleh raja ketika itu untuk mendalami ilmu Sihir dalam masa yang sama beliau juga berjumpa dengan seseorang ahli abid yang mahir dengan ilmu Islam ketika itu.Sehingga lah pada suatu hari pemuda ini ingin menentukan manakah ilmu yang benar diantara ilmu sihir dengan ajaran yang dibawa oleh ahli abid tadi.Maka ketika dalam perjalanan menuju ke Istana pemuda ini telah dihalang oleh seekor binatang yang besar dan pemuda ini berniat didalam hatinya sekiranya ajaran yang dibawa oleh ahli abid itu benar maka matilah binatang ini.Dengan takdir Allah binatang itu mati setelah dilemparkan sebiji batu kepadanya.

Perkara ini sampai ke pengetahuan Raja bahawa pemuda ini sudah tidak mengakui ketuhanan raja tersebut.Akhirnya perintah mati dilaksanakan terhadap pemuda itu.Keberanianya begitu dikagumi sehingga beliau sanggup pulang semula ke Istana kerana hukuman mati yang diperintahkan tidak dapat dilaksanakan oleh para panglimanya.Sikap pemuda ini harus dicontohi oleh pelajar disamping terdapat sifat berani malah tidak berputus asa dalam menyampaikan dakwah kepada Raja terbabit supaya patuh kepada Allah dan mengamalkan Syariatnya.Sekiranya sifat ini dapat digarapkan maka akan lahirlah generasi yang Rabbani dan Muttaqin Insyallah.

Read more...

Saturday, January 23, 2010

AL- FATIHAH


SEMBAH TAKZIM KEPADA

DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH ZANARIAH BINTI
ALMARHUM TUNKU AHMAD

SULTANAH JOHOR

SERTA

KERABAT DIRAJA, KERAJAAN NEGERI JOHOR SERTA SELURUH RAKYAT NEGERI JOHOR

DI ATAS KEMANGKATAN

ALMARHUM DULI YANG MAHA MULIA BAGINDA
ALMUTAWAKKIL ALALLAH SULTAN SULTAN ISKANDAR
IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAIL
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN
TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM

PADA

22 JANUARI 2010 BERSAMAAN 6 SAFAR 1431 H

SEMOGA ROH ALMARHUM DICUCURI RAHMAT

SEMBAH TAKZIM DARI

SELURUH WARGA SEK MEN AGAMA PARIT SUBARI

Read more...