Wednesday, October 20, 2010

PENGUMUMAN CUTI

Disebabkan keadaan jerebu diparas bahaya.SMAAD mengumumkan cuti pada

Hari :Khamis
Tarikh :21 Oktober 2010

Pihak pentadbiran juga mengingatkan para pelajar agar dapat menjaga kesihatan diri serta mengurangkan aktiviti diluar rumah.

Read more...

Monday, October 11, 2010

PROMOSI SEKOLAH SMA AD-DINIAH PARIT SUBARI


Promosi sekolah ini diadakan untuk memahamkan sistem pendidikan Sekolah Menengah Agama kepada para pelajar darjah enam khususnya.Pihak pentadbiran sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang memberi keizinan kepada kami untuk memperkenalkan sistem pendidikan Sekolah Menengah Agama kepada para pelajar mereka.Semoga Allah jualah yang membalas jasa baik mereka.

Antara sekolah yang telah kami masuki:
SK Parit Jamil
SK Simpang Empat
SK Orangkaya Ali
SK Parit Pechah
SK Jalan Yusuf
SRI Sungai Kajang
SK Seri Pengkalan
SK Gambut
SK Semerah
SK Lubok

Read more...

Sunday, October 10, 2010

TAWARAN MELANJUTKAN PELAJARAN DI SMAAD


Read more...

Tuesday, October 5, 2010

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR


Warga SMAAD mendoakan kecemerlangan bagi para pelajar yang menduduki peperiksaan PMR yang bermula 5 Oktober 2010.Semoga Allah memberikan ketenangan dan kemudahan bagi anda menjawab soalan peperiksaan tersebut.

Read more...

Wednesday, August 18, 2010

SUMBANGAN BAGI MAJLIS BERBUKA PUASA

Sek. Men. Agama Ad-diniah Parit Subari mengalu-alukan sebarang sumbangan untuk pihak kami mengadakan Majlis Berbuka Puasa yang akan diadakan pada:

Tarikh :3 September 2010 bersamaan 24 Ramadhan 1431
Hari :Jumaat

Segala sumbangan ikhlas bolehlah di masukkan ke dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama SEKOLAH MENENGAH AGAMA AD-DINIAH PARIT SUBARI (No. akaun:01-023-01-007038-5)

Segala sumbangan yang diberikan pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih

Read more...

AKTIVITI RAMADHAN 1431 DI SMAAD

7.15 - 7.30 :Bacaan Hizib Nawawi

Kelebihan Hizib Nawawi :
  1. Orang yang membaca Hizib ini terpelihara daripada kejahatan jin,manusia dan seluruh penduduk langit dan bumi.
  2. Terpelihara daripada tipu helah manusia yang ingin melakukan kerosakan, sihir dan perkara-perkara yang dibenci.
  3. Berkata Al - Ariff billah:Sesiapa yang membaca hizib ini pada waktu pagi sebanyak 10 kali maka akan ditambah pertolongan Allah kepadanya sama ada perkataan,perbuatan dan prilaku.
  4. Dinaqalkan daripada Sheikh Al Qutb Jamaluddin Sayyidi Yusuf Ibn Abdullah:sesiapa yang melazimkan bacaan hizib ini selepas subuh dan maghrib atau membacanya selepas subuh dan isyalakan terpelihara daripada tenungan ahli mukasyaf, sihir, tipu helah dan permusuhan
10.00 -10.10 pagi :Solat Dhuha

1.10-1.50 tgh :Tadarus Al Quran

Read more...

AHLAN YA RAMADHAN


SEMOGA RAMADHAN KALI INI BERMAKNA BUAT KITA

DARIPADA BARISAN GURU-GURU SERTA PARA PELAJAR SMAAD

Read more...

Wednesday, July 14, 2010

LAWATAN KEMENTERIAN PELAJARAN KE SMAAD

Sek. Men. Agama Ad-diniah Parit Subari telah menerima Lawatan Kerja daripada Pen. Pengarah Bahagian Pengurusan, Kementerian Pelajaran Malaysia En Mohd Nasarudin.Turut sama mengiringi lawatan tersebut pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor iaitu En Azman dan En Mohd Khairi B. Mabiai.Manakala wakil dari Jabatan Pendidikan Agama Daerah Muar Ust Mohd Arshad juga turut serta dalam lawatan ini.

Menurut En Nasarudin lawatan ini bertujuan untuk melihat keadaan sekolah sebelum SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) serta memberikan pandangan kepada pihak sekolah. apa yang perlu dilakukan bagi tujuan SABK dan sebagainya.Beliau serta ahli rombongan yang tiba pada jam 12 tengahari disambut oleh Pengetua SMAAD Ust Yohanas Misuan.Dikesempatan ini juga pihak guru-guru dapat berdialong dengan En Nasarudin serta ahli rombongan berhubung dengan SABK dan perkara-perkara yang lain.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih diatas lawatan ini.Semoga dengan lawatan ini akan menambahkan ukhuwah kita sesama Islam.

ILMU DAN AMAL ASAS KEJAYAAN.

Read more...

Tuesday, July 6, 2010

HARI TERBUKA SMAAD DAN TAKLIMAT HALA TUJU DAN KERJAYA PELAJAR

Program tersebut akan diadakan seperti berikut:

Hari : Jumaat
Jam : 8.00 pagi
Tarikh : 9 Julai 2010 bersamaan 26 Rejab 1431.


Tentatif Program:

8.00 - 8.30 : Pengambilan Kad Penyata Pelajar
Tempat : Kelas tingkatan masing-masing.

8.30 - 10.00 : Taklimat "Hala Tuju Pendidikan Sek. Men. Agama dan Kerjaya"
Tempat : Dewan SMA Ad-Diniah Parit Subari.

10.00 - 10.15 : Penyampaian Hadiah kepada Pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan.

10.15 - : Jamuan dan bersurai
Tempat:Kantin Sekolah

Kehadiran ibu bapa pelajar amat dihargai di dalam program ini

ILMU DAN AMAL ASAS KEJAYAAN.

Read more...

SELAMAT DATANG:PUAN SITI NOR AZIZAH ABD WAHAB

Warga SMAAD mengucapkan Ahlan Wa Sahlan kepada guru baru ke Sek. Men. Agama. Parit Subari yang akan mula menjalan tugas pada 1 Julai 2010.Semoga kedatangan beliau memantapkan lagi perjalanan SMAAD insyallah.

Read more...

MAJLIS PERPISAHAN:PUAN NOR FADILAH BT MARWAN

Majlis Perpisahan Puan Nor Fadilah Marwan telah dilaksanakan pada 30 Jun 2010 pada Jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Sek. Men. Agama Parit Subari.Majlis yang dihadiri oleh guru-guru serta para pelajar dimulakan dengan ucapan oleh pengerusi majlis.Selepas itu wakil pelajar Saudara Hafiz Mazlan memberikan ucapannya pada majlis ini.Dalam ucapan beliau mewakili para pelajar mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Fadilah diatas jasa yang diberikan serta mengambil kesempatan yang ada mengucapkan selamat pengantin baru kepada beliau.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengetua SMA Parit Subari, Ust Yohanas Misuan.Dalam uapan beliau juga turut mengucapkan jutaan terima kasih diatas jasa yang disumbangkan oleh beliau serta tidak melupakan sekolah ini walau dimanapun beliau berapa.Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada beliau dan sedikit jamuan disediakan untuk guru-guru serta para pelajar.

Warga SMAAD mengucapkan semoga beliau berjaya menempuhi kehidupan seterusnya.

Read more...

SEKITAR PERJALANAN IHTIFAL SUKAN DAN ILMIAH PERINGKAT SEKOLAH

Read more...

Monday, January 25, 2010

KALAM PENGETUA:PELAJAR HARI INI HARUS BERANI!.

Segala Puji bagi Allah yang mentadbir sekelian alam.Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan S.A.W serta para pengikutnya sehingga hari kiamat.

Keterlibatan para pelajar ketika sesi pembelajaran amatlah digalakkan demi memastikan pemahaman yang diperolehi mampu diterapkan didalam kehidupan serta dapat disampaikan kepada masyarakat umum khasnya.Sikap berani bertanya dan menyoal guru ketika sesi pembelajaran merupakan tempat yang betul dan akan menghasilkan suasana pembelajaran yang sihat.Pelajar hari ini harus mencontohi dan mengambil teladan dari kisah umat terdahulu seperti Ashabul Ukhdud yang berani dalam mencari kebenaran ketika dalam pembelajarannya.

Sepertimana yang kita maklum, Ashabul Ukhdud ini merupakan seorang pemuda yang diberi peluang oleh raja ketika itu untuk mendalami ilmu Sihir dalam masa yang sama beliau juga berjumpa dengan seseorang ahli abid yang mahir dengan ilmu Islam ketika itu.Sehingga lah pada suatu hari pemuda ini ingin menentukan manakah ilmu yang benar diantara ilmu sihir dengan ajaran yang dibawa oleh ahli abid tadi.Maka ketika dalam perjalanan menuju ke Istana pemuda ini telah dihalang oleh seekor binatang yang besar dan pemuda ini berniat didalam hatinya sekiranya ajaran yang dibawa oleh ahli abid itu benar maka matilah binatang ini.Dengan takdir Allah binatang itu mati setelah dilemparkan sebiji batu kepadanya.

Perkara ini sampai ke pengetahuan Raja bahawa pemuda ini sudah tidak mengakui ketuhanan raja tersebut.Akhirnya perintah mati dilaksanakan terhadap pemuda itu.Keberanianya begitu dikagumi sehingga beliau sanggup pulang semula ke Istana kerana hukuman mati yang diperintahkan tidak dapat dilaksanakan oleh para panglimanya.Sikap pemuda ini harus dicontohi oleh pelajar disamping terdapat sifat berani malah tidak berputus asa dalam menyampaikan dakwah kepada Raja terbabit supaya patuh kepada Allah dan mengamalkan Syariatnya.Sekiranya sifat ini dapat digarapkan maka akan lahirlah generasi yang Rabbani dan Muttaqin Insyallah.

Read more...

Saturday, January 23, 2010

AL- FATIHAH


SEMBAH TAKZIM KEPADA

DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH ZANARIAH BINTI
ALMARHUM TUNKU AHMAD

SULTANAH JOHOR

SERTA

KERABAT DIRAJA, KERAJAAN NEGERI JOHOR SERTA SELURUH RAKYAT NEGERI JOHOR

DI ATAS KEMANGKATAN

ALMARHUM DULI YANG MAHA MULIA BAGINDA
ALMUTAWAKKIL ALALLAH SULTAN SULTAN ISKANDAR
IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAIL
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN
TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM

PADA

22 JANUARI 2010 BERSAMAAN 6 SAFAR 1431 H

SEMOGA ROH ALMARHUM DICUCURI RAHMAT

SEMBAH TAKZIM DARI

SELURUH WARGA SEK MEN AGAMA PARIT SUBARI

Read more...