Sunday, April 17, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SMAAD 1432 H



Read more...

SMAAD MENGHANTAR WAKIL KE IHTIFAL ILMIAH PERINGKAT NEGERI



Sekolah Menengah Agama Ad-Diniah telah menghantar 2 orang pelajar ke Ihtifal Ilmiah peringkat Negeri yang telah diadakan pada 8 April 2011 bertempat di SMA Kerajaan Johor Kluang.

Acara yang dimasuki
1)Pertandingan Berzanji Bawah 15
2)Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris Bawah 20

Tahniah kepada para peserta yang menjayakan ihtifal pada kali ini.

Read more...

Friday, February 11, 2011

IHTIFAL ILMIAH SMAAD KALI KE DUA

Ihtifal Ilmiah peringakat sekolah ini telah diadakan pada 10 Februari 2011 pada hari Khamis bersamaan 7 Safar 1432H.Program yang bermula pada jam 7.30 pagi mempertandingkan beberapa acara iaitu:

1-Syarahan Bahasa Melayu
2-Syarahan Bahasa Inggeris
3-Syarahan Bahasa arab
4-Berzanji
5-Tilawah Al-Quran
6-Nasyid

Para pelajar memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan program tersebut.syabas diucapkan kepada para pelajar dan guru pasukan dalam usaha melatih para pelajar.Senarai pemenang akan di umumkan pada Majlis Penutup yang akan diadakan pada 18 Febuari ini.

Read more...

IHTIFAL SUKAN KALI KE DUA SMAAD 2011

Ihtifal sukan SMAAD kali kedua telah diadakan pada 1 dan 2 Februari 2011.Praogram selama 2 hari ini bertujuan untuk mengasah bakat para pelajar serta melaksanakan tuntutan Islam untuk mencergaskan badan dengan beriadah serta mengukuhkan ikatan silaturrahim sesama pelajar.

Hasil mesyuarat guru-guru bermula tahun ini para pelajar akan dibahagikan mengikut rumah sukan yang terdiri daripada:
1-Rumah Merah (SAIDINA ABU BAKAR).
Guru Pasukan:Muhd Hairi Hamzah
2-Rumah Biru (SAIDINA UMAR)
Guru Pasukan :Sharifah Bte ahmad Mokhtar
3-Rumah Kuning (SAIDINA OTHMAN)
Guru Pasukan : Khairunnisa Mohd Ali
4-Rumah Hijau (Saidina Ali)
Guru Pasukan :Salbiah Sarmini

Pertandingan yang diadakan selaras dengan pertandingan yang diadakan di peringkat negeri bagi memudahkan pemilihan para pelajar untuk mewakili sekolah ke peringkat negeri.Keputusan pertandingan akan dimaklumkan nanti.

Read more...